Isnin, September 14, 2009
Khamis, Jun 18, 2009
Gambar Serama
Kategori Ayam Serama
Apa Itu Ayam Serama
Ayam terkecil dunia pandai menonjolkan diri dan memikat hati kini mempunyai nilai komersial, tersohor di seluruh dunia
AYAM serama disifatkan sebagai suka menunjuk-nunjuk. Jika ada kamera dan limpahan cahaya lensa, ayam ini segera mengangkat dada dan meluruskan ekor tegak ke atas hingga 90 darjah serta mengibas kedua-dua kepak.AYAM serama lebih dikenali kerana kecantikan menyebabkan dibela hanya untuk tujuan menyertai pertandingan dan sekadar hobi.
FAKTA: AYAM SERAMA
* Dipercayai berasal dari Kelantan.
* Dipercayai hasil kacukan pelbagai burung eksotik, termasuk burung hutan.
* Dikatakan nama serama berasal dari nama Seri Rama dan pada mulanya adalah haiwan peliharaan di istana.
* Jangka hayat antara tujuh hingga 15 tahun
* Berat ideal adalah 500 gram ke bawah dengan saiz adalah satu pertiga dari ayam biasa.
* Ciri istimewa adalah ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah
* Mempunyai kira-kira 2,000 warna
* Menjadi haiwan peliharaan kerana jinak, manja dan mengenali tuannya.
* Haiwan ini mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang.
* Masyarakat Melayu percaya haiwan ini mempunyai khasiat perubatan.
PENILAIAN AYAM SERAMA
* Jenis - Ciri utama ialah kepala melunjur ke belakang, bahagian belakang pendek, kepak menegak dan ekor panjang, penuh dan apabila berkembang, tidak menyentuh balung. Kedudukan tengah mata sama dengan kedudukan tengah kaki ketika berdiri.
* Perwatakan - Kelihatan gagah, berani dan yakin. Lagak suka menonjol seperti berkokok dan suka berdiri.
* Ekor - Saiz besar, menegak dan tinggi. Bulu pelepah ekor utama panjang, melentik di penghujung dan berkembang seperti bentuk V. Lawi (ayam jantan) menegak 90 darjah dan sedikit melentik ke belakang di penghujung.
* Kepak - Ketika berdiri, kepak ayam dalam posisi menegak tetapi sedikit menghala ke belakang. Hujung kepak bersentuhan sedikit dengan lantai.
* Badan - Tegap dan bulat. Dada ayam lebih luas dari bahagian belakang apabila dilihat dari atas. Dari tepi, badan berbentuk V. Belakang ayam pendek dan lebar di bahagian bahu.
* Kaki - Tidak begitu rapat dan selari. Panjang sederhana dan seimbang dengan saiz kepak. Paha berotot dan sederhana panjang. Taji di bahagian tengah betis, keras, kecil dan menghala ke belakang kaki.